Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Tuesday, June 28, 2016

Celotehku

  Assalamualaikum ... Jawablah dulu salam tu kalau nak baca pun.  Hai guys !!! Kenapalah masam sangat and serius je baca ? Senyumlah sikit . Manalah tahu, tiba-tiba datang JODOH kat depan ? HiHi . Kenapa pulak JODOH nak datang kalau korang sekarang depan komputer atau tengak scroll screen phone ? yedok ? Takkan tengah lepak-lepak dalam bilik, tetiba mak ketuk pintu . * Woi ! JODOH hang dah sampai dah, tengah tunggu kat luar ! cepat siap cantik-cantik, esok nak nikah dah !* Pulak dah ! -_- Berhenti berangan Wahai Sayang-sayang sekalian . Eh , ramai sayang ? Erk, jangan mudah perasan sangat . Panggilan manja untuk Si Pembaca Setia . 

 .. Realitinya... * Woi ! Hang dok wat apa lagi tu ? Cepat pergi lipat kain ! tu kain kat luar tak angkat lagi ! Dah sapu kat luaq belum ni ? Semua benda mak kena habaq kat hang ! " Hihihi. Gurau-gurau je . Betullah, Hidup ni takkan bahagia kalau takde gurau-senda, senyum-tawa, menangis-duka . Cehh, Menangis pun masuk sekali ka ? Mestilah !!! Nak tau ? Pelangi ada 7 Warna . Tapi kebanyakan manusia hanya paling-paling suka satu warna . Cubalah, kalau kita merwarna-warnikan kehidupan kita macam pelangi . Best kan ? 

  *Apa hang dok merepek ni Ainna ?* 

  Okay-okay . Kita serius pulak.. Orang kata kau GEMOK ? Orang kata KAU NERD  ? BAWAK BEG BESAR SETIAP HARI pergi sekolah ? Kenapa ? Kau rasa diorang lagi cantik dengan beg takde buku, kempis je, bentuk beg tu cantik kalau orang tengok dari belakang ? Eh, Kau tak rasa ke mereka yang tengah sibuk-sibuk mengata atau kutuk hang depan-depan tu lagi terok dari hang . Tak kesahlah kita ni gemuk ke, apa . Tak kesahlah beg hang besaq ke apa.. Hang bawa ilmu kan? Biaq ilmu tu berkat.. Diorang yang sibuk mengata tu sebab diorang takde apa yang kita ada . Kalau diorang dah ada semuanya . Diorang takkan sibuk nak ambik tau hal orang lain . Mohon DEEP lah sesiapa yang suka mengata belakang tu hanya gurauan tapi dalam diam dah buat orang lain terasa hati . 

  Lagi satu, Ainna nak  habaq, Kita gemok ? Kita hodoh ? Muka tak licin macam orang lain ? Pandang cermin dan bersyukurlah *ALHAMDULILAH . Tahu tak yang ramai orang kat luar tengah cuba dan berusaha untuk jadi macam manusia normal sebab kekurangan fizikal .. Kau patut bersyukur ! Allah dah bagi kaki, mata, tangan , hidung dan kaki kau berfungsi dengan baik sampai sekarang ! Tak payah cantik sangat .  Dekat batu nisan nanti takde pun tulis " ARWAH NI CANTIK ORANGNYA " . Biarlah kau jadi diri kau sendiri . Biar orang nak kata apa. Kau rasa ? hati diorang tenang ke ngata dan cari keburukan orang lain ? Memang taklah, dah sibuk cari keburukan sampai keburukan diri sendiri pun tak nampak .

  Ainna pun pesan diri Ainna sendiri . Manusia semuanya SEMPURNA ! ALLAH dah jadikan MANUSIA ni adalah sebaik-baik CIPTAAN-NYA . 

   Tak tahulah pulak nak cerita apa .. SPM dah makin hampr .. so rasanya .. buat masa ni. Ini sahaja . Oh, lupa nak cakap . Jangan mudah mempercayai butir kata yang keluar daripada mulut manusia, semuanya dusta semata-mata kerana Manusia hanya MERANCANG , Allah yang menentukan segala-gala-Nya . Assalamualaikum

No comments: