Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Sunday, December 15, 2013

(Novelku) Bab 2 : Kehidupan di Sekolah Baru !



P/S - ok, mcam biasa ea.. banyak tanda baca yang slah.. buat just suka2.. x sangka ade kawan baik kiter nk tau bab sterusnya.. so jadi bersemangat nak buat tau! hehe.. cuma skrg tgh badmood lak.. byk msalah timbul akhir2 ni.. hope enjoy k ! #Peace :D


Keadaan di dalam kelas 2 RKS sungguh riuh sekali.. pelajar lelaki ada yang membuat hal sendiri dan ada juga yang berborak secara berkumpulan. Pelajar perempuan pula ada yang berborak dengan pelajar lelaki tentang isu-isu semasa di sekolah dan di luar sekolah.. beberapa pelajar perempuan sungguh asyik membaca buku.


Manakala Tasya Adiliana sebagai pelajar baru berasa kesunyian dan malu untuk menegur pelajar-pelajar yang lain. Afrina sahaja kawan yang baru dia kenali di dalam kelas itu maka dia duduk sahaja di tempatnya dan membuat membuka buku teksnya. Akan tetapi fikirannya melayang jauh entah ke mana.


‘ aduh, bosannya tak tahu nak buat apa.. Cikgu pulak tak masuk lagi! Kalau nak tegur pelajar lain malu pulak. Aku dah lah duduk seorang sahaja di belakang ini. Nak tegur Afrina tidak mahulah mengganggu dia berborak dengan kawan-kawannya’. Bisik hati kecil Tasya.


Dalam pada masa yang sama, Tasya terfikir tentang abangnya.. adakah abangnya sedang sibuk belajar di dalam kelas?


Tiba-tiba seseorang menegur Tasya sambil mengajaknya berborak sekali dengan kumpulan perempuan yang lain.


Maaflah, saya malu lah nak borak dengan diorang. Terima kasih ea kerana menegur saya. Oh ya, nama awak siapa? Soal Tasya sambil senyum ke arah seorang perempuan.


Janganlah malu, budak-budak dalam kelas ini semuanya tiada yang sombong mungkin hanya pada mulanya sahaja. Maaflah lupa pula saya nak kenalkan diri saya. Nama saya Ariana dan tidak silap saya, kamu tinggal di kawasan perumahan Taman Sri Mahkota betul tak? Bicara Ariana dengan penuh sopan santun.


Betul, bagaimana kamu tahu? Soal Tasya dengan penuh tanda Tanya dan kebingungan.


Saya juga tinggal di kawasan perumahan itu, kamu janganlah bimbang saya bukannya orang jahat lah! Hehe.. jawapan Ariana..


Mereka berborak sehinggalah guru Sains mereka masuk dan meneruskan sesi pembelajaran..

                                                                 
                                                      ****

Waktu persekolahan sudah pun tamat dan semua pelajar lelaki dan perempuan diarahkan ke surau untuk solat zohor berjemaah sebelum pulang ke rumah.


Selesai sahaja solat zohor, Tasya menuruni bukit di sekolahnya dan terdengar satu suara lelaki memanggilnya dengan teriakan yang agak kuat di belakang.


Siapa pulak yang panggil aku tu, aduhh malunya… semua orang tengok aku. Tasya, bercakap dengan dirinya sendiri sehinggakan tiada siapa yang mendengar.


Tiba-tiba ada seseorang menarik begnya dari belakang dan memegang bahu Tasya. Tasya menoleh ke arah orang itu. Sambil membuat riak wajah muka yang terperanjat!


Adik, dah tak kenal abang kesayangan adik ini ke? Haha, tak payahlah buat muka yang terperanjat sampai macam tu sekali, abang bagi makan kasut abang ini kang.. ‘gurau abangnya’


Abang ni!! Hish, ingatkan siapalah yang panggil nama Tasya kuat-kuat kat belakang tadi. Abang nak tahu tak? Semua orang pandang adik. Adik malulah abang buat macam ini. Lain kali abang jangan buat lagi ! sambil mencubit tangan abangnya yang berada di atas bahu Tasya. “abang! Lepaskanlah tangan abang ini kita sekarang kat sekolah tahu tak! “ Tasya merajuk dengan abangnya dan berjalan pantas menuruni bukit sekolah itu”


Tasya, abang gurau aje lah.. kenapa adik marah-marah abang ni? Adik tahu kan abang memang suka bergurau. Takkan dah merajuk kut? Oklah abang janji tak buat lagi. Nanti abang belikan adik coklat Cadbury ea? Tapi adik kena janji dulu tak merajuk dah ok? ‘ Danial Haris mengejar Tasya dan jalan di sebelah adiknya itu’


Ha! Tahu pun, hehe.. adik saje je nak uji abang tadi ! itulah suka sangat berguraunya.. baru kena marah sikit dengan adik muka dah cuak tak tentu pasal ea? Haha.. tapi coklat Cadbury tu betul-betul kan? Adik tak merajuk ! jangan lupe belikan coklat tu tau! ‘Tasya memandang muka abangnya sambil menjelirkan lidahnya”


Amboi, sekarang dah pandai nak permainkan abang ea? Ingatkan marah betul-betul tadi..  disebabkan adik menipu dan permainkan abang, makanya coklat tu abang pun bergurau je nak beli tadi! Haha “Kata Danial Haris berjalan sambil ketawa dan tidak memandang muka adiknya’ aku pasti, dia sekarang tengah buat muka merajuk! ‘bisik hati kecil Danial Haris”


Abang ini benci lah! Adik dah tak nak cakap dengan abang. ‘Kata Tasya kepada abangnya’ Tasya memandang ke arah sebuah kereta Toyota Camry.. itu pun kereta ayah ‘Kata Tasya di dalam hatinya.. Lantas dia pun memasuki kereta itu tanpa menghiraukan abangnya.


Tasya ini, mudah sangat merajuk.. alahai susah betul dapat adik yang manja dan comel macam ini. ‘keluh Danial Haris lagi’ dia pun memasuki kereta itu dan duduk bersebelahan dengan ayahnya di sebelah kerusi pemandu.


Macam mana hari persekolahan hari ini adik? Ok tak? Kenapa ayah tengok muka adik macam merajuk aje itu? Ada sesuatu yang tidak kena ke di sekolah tadi? ‘soal ayahnya, En. Zulkamal’


Tidak ada lah ayah, semuanya baik-baik sahaja.. kawan-kawan kat situ semuanya mesra. Cuma adik kan pelajar baru, kenal beberapa pelajar aje ayah. ‘keluh Tasya kepada ayahnya sambil menyandarkan kepala di kerusi kereta itu’ adik merajuk sebab abang tadi mempermalukan adik dekat semua pelajar semasa turun menuruni bukit. ‘ Tasya menceritakan peristiwa tadi kepada ayahnya’


Ayah, Danial bergurau aje lah dengan adik tadi lepastu dia merajuk pula sebab Danial cakap tak nak belikan dia coklat Cadbury. ‘ nyampuk Danial Haris ‘


Danial, kalau nak bergurau tu boleh tapi jangan sampai permalukan adik lagi tau.. kesian dia, adik kan masih baru di sekolah itu. Kamu tu dah tingkatan 4 tapi perangai macam budak sekolah rendah saja ayah tengok. “Nasihat ayah kepada Danial Haris’


Baiklah ayah, ‘ Jawab Danial Haris tanpa membantah sedikit pun’ lagi pula apa yang ayah katakan itu benar. Tasya petang nanti abang belikan coklat itu ea. Abang takkan buat adik malu lagi lepas ini. Tapi gurau-gurau sikit itu bolehlah ye! sambil memandang di kerusi belakang kereta dan melihat wajah adiknya yang masih lagi merajuk.


Tasya masih lagi mendiamkan dirinya di dalam kereta mungkin penat seharian belajar di sekolah.


Danial Haris dan Tasya ini kalau tidak bergaduh walaupun sehari memang tak boleh. Bisik hati kecil ‘En. ZulKamal sambil tersenyum’

                                                     ****


Selesai sahaja mandi, Tasya turun ke bawah untuk makan tengahari.. dia melihat abangnya bersiap memakai pakaian yang kemas dan duduk di atas kerusi meja makan.


Abang nak pergi mana? Bergaya semacam sahaja ini? ‘soal Tasya kepada abangnya’


Lepas makan ini abang nak pergi rumah kawan abang sekejap. Kitaorang nak bincang tentang sesuatu perkara dan abang pun nak study untuk exam pertengahan tahun yang dah nak hampir dekat ini. ‘terang Danial Haris’


Kalau Tasya nak ikut boleh? Abang pergi naik apa? ‘Soal Tasya lagi’


Haha, bila pula adik abang ini suka keluar rumah ?  Abang pergi naik motor Kriss abang tu lah.. adik nak ikut ye? Erm, boleh-boleh tapi duduk kat tayar motor tu diam-diam . hehe ‘Gurau Danial Haris’


Abang buat kelakar ke? Macam tak jadi je tu?  Kesian pulak adik, tak de sape nak gelakkan. Sia-sia aje abang penat cakap. Oklah adik gelakan ye Ha Ha Ha. “Gelak Tasya yang tidak ikhlas dengan menyebut satu-satu perkatan Ha Ha Ha’.. hehe, adik gurau je lah abang ku sayang.. adik tak hingin nak ikut lebih baik adik pergi siram pokok bunga kat luar rumah tu daripada ikut abang tau! ‘terang Tasya’


Adik ni sekarang dah pandai nak kenakan orang balik  ye! Haha nakal adik abang sekarang ini ! sambil mecubit pipi adiknya yang sedang mengisi nasi ke pinggan untuk makan.


Abang! Sakit tahu tak! Eii.. ‘geram Tasya’


Sakit ke? Abang tak tahu pun? ‘gurau Danial Haris lagi sambil ketawa’


Abang aku ini suka ssangat bergurau. Sakit mana pun , adik tetap sayang abang.. ‘bisik hati kecil Tasya’


Tiba-tiba ibunya menyampuk, aduhai korang dua adik-beradik ini kalau tak dengar suara korang kat rumah ini gelak ataupun menjerit tidak sah ye? ‘Kata Puan Aifah’


Hehe, tidak ada apa-apalah ibu, kami saja gurau-gurau.. lagipun kalau Danial tak tengok muka Tasya marah ini dalam sehari dah boleh buat Danial RINDU ibu! ‘gurau Danial Haris lagi’ oklah ibu, Danial dah siap makan, nak basuh pinggan ni. ‘Kata Danial Haris sambil tersenyum’


Selesai sahaja membasuh pinggannya, Danial Haris bersalaman dengan ibunya dan meminta izin untuk ke rumah kawanya Shahrizal Firdaus.


Hati- hati ye! Pakai topi keledar tu betul-betul dan jangan bawak laju-laju! Kata Tasya dengan prihatin’


Abang  tahu lah adikku yang tembam! Abang pergi dulu tau, nanti abang belikan sekali coklat Cadbury yang abang janji nak belikan itu. Danial Haris mencubit pipi adiknya yang gebu itu dan terus menaiki motornya’ adik jangan sepahkan rumah tau! Tolong ibu tu sikit, awak tu perempuan  .. sambil mengenyitkan mata kirinya ke arah Tasya dan berlalu pergi.


Bunyi kuat motor Kriss itu semakin lama, semakin hilang daripada pendengaran Tasya.


Abang ini, suka sangat bergurau. ‘bisik hati kecil Tasya’

                                                 ***


Assalamualaikum! Assalamualaikum! Sambil mengetuk pintu rumah Shahrizal Firdaus dan memberi salam berulang-ulang kali.


Tiba-tiba ada Seseorang membuka pintu rumah itu.. Dia memakai seluar trek dan baju t-shirt biasa. Walaupun bajunya agak ringkas tetap nampak segak.


Waalaikummusalam, masuklah Danial. Aku baru sahaja siap makan tengahari. Kau dah makan belum? Jemputlah makan sekali. ‘pelawa Shahrizal Firdaus dengan lemah lembut’


Eh, tidak mengapalah bro.. aku dah makan dah kat rumah tadi.. kita nak study kat mana? Kat perpustakaan awam atau di rumah engkau sahaja? ‘Soal Danial Haris’


Aku rasa di rumah aku sahajalah, kerana emak dan ayahku tiada di rumah.. mereka baru sahaja pergi kerja selepas selesai solat zohor  dan berehat di rumah sebentar tadi. Kau tahu sahajalah, emak dan ayah aku kerja kerajaan. Lagi pula, adik aku seorang sahaja di rumah ini.. bahaya pulak kalau aku tinggal dia sorang-sorang . ‘Terang Shahrizal Firdaus panjang lebar’.


Ok aku dah faham, memang bahaya lagi pula adik kau itu perempuan. Kau tak perlu lah cakap terlalu formal dengan aku.. macam tak biasa aje. Sebentar ye, ada sesuatu yang aku keliru ni!


‘ Danial Haris membuat Sharizal Firdaus pelik’


Apa yang kau keliru ? ‘Soal Shahrizal Firdaus’


Kau lah! Sampai bila aku nak duduk kat depan pintu ni wahai En. Ketua Pengawas? Aku penatlah, tidak mengapalah kalau engkau tidak benarkan aku masuk! ‘Danial Haris merajuk sambil membuat muka yang sangat comel’


Haha, maaflah aku lupa pulak! Masuk lah buat macam rumah sendiri.. kau tak payanh susah-susah nak buatt muka comel macam tu, aku bagi makan selipar aku kang.. ‘gurau Shahrizal Firdaus’ adik aku ada dalm bilik tak tahu pula apa yang dia tengah buat. Kita study kat bilik aku sahaja lah ye? Kau duduk sini , aku nak buat air kejap “Kata Shahrizal Firdaus kepada Danial Haris’


Eh, bro tak payah susah-susah aku tak kesahlah. Tapi kalau kau bertegas nak buat juga.. buat air tu sedap-sedap sikit tau! Hehe.. aku gurau je lah.. jangan ambil hati ! air masak pun dah cukup dah. ‘Kata Danial Haris’


Haha, aku dah tau perangai kau macam mana lah! Kau tetamu aku.. so aku kena lah layan kau baik-baik ye.. ‘ Bicara Shahrizal Firdaus’


Terima kasih lah sahabat ku! ucapan yang tulus ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam kepada kau tau tak! Haha, ‘gurau Danial Haris’


Ada-ada saja lah kau ni ‘kata Shahrizal Firdaus yang tidak pernah bosan melayan karenah seorang sahabatnya yang ceria itu’.


Beberapa jam mereka belajar sehingga tidak perasan jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.


Aku balik dulu ye, terima kasih atas pertolongan kau dan kawan-kawan tu untuk menghiaskan bilik Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) . Perancangan sudah dibuat dengan baik. Oh, lupa pula aku nak beritahu kau! Adik aku baru sahaja pindah dekat sekolah kita … Adik kau sama umur dengan adik aku kan? Tidak silap akulah, adik aku sama kelas dengan adik kau. Harap mereka dapat berkawan dan saling berkenalan. ‘kata Danial Haris dengan penuh ketekunan’


Pasal itu, jangan risau lah.. adik aku ada cerita tadi pasal adik kau. Aku belum pernah melihat adik kau itu walaupun kita berkawan sudah lama. Daripada cerita adik aku itu, dengarnya adik kau seorang yang comel sama macam abangnya juga yang kacak!  ‘kata Sharizal Firdaus’


Haha.. ada-ada sahajalah kau ini.. aku tumbuk muka kau tak pasal-pasal koma seminggu nanti.. kalau puji orang melebih.. orang yang cakap itu ape kurangnya.. tampan, segak dan bergaya! Ketua pengawas lagI! ‘Gurau Danial Haris’ aku balik dulu ea. Aku nak singgah ke kedai jap nak beli coklah untuk adik aku. Walaupun dia tu tingkatan 1 tapi macam budak umur 1 tahun tau. Suka sangat dengan coklat Cadbury. Assalamualaikum!


Ok, hati-hati ye! Biasalah tu kalau perempuan suka coklat! Waalaikummusalam!

                                               **********

-      Bersambung -

No comments: