Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Friday, March 9, 2018

Struggle is better


    Assalamualaikum.. Ainna nak biasakan diri Ainna "Aku" boleh? Rasa macam okay sikit untuk entry kali ni..

   Ramai yang cakap yang aku ni beruntung.. tempat belajar dan rumah dekat.. Rumah aku dengan kolej tak payah cakaplah dekat macam mana.. Katanya, aku dapat masuk belajar kat sini guna Cable... Ada juga yang menganggap aku dapat kat sini sebab Ibu dan Abah aku..

   Pernah dengar tak, rezeki kita Allah dah tetapkan.. Perlu ke kau mempersoalkan? Benar, siapa tak suka belajar dekat dengan family, Alhamdulilah.. Aku bersyukur.. Tapi apa hak kau nak cakap macam-macam tentang aku? Kau tahu aku kena hadap benda ni.. Sampai bila?

   Tak boleh ke? Sedetik dan sejenak kau berfikir kalau kau kat tempat aku sekarang.. Apa kau rasa? Mungkin kau rasa itu hanya gurauan semata tetapi hati yang terasa dan terluka tidak terkata..  Bisakah ia sembuh begitu sahaja?

   Aihhh, terserius pulakk.. Doakan Ainna mampu tempuhi sem 2 ni guys.. Ya Allah, takut dia hanya Allah yang tahu..  Alhamdulilah.. Jauh di sudut hati tau sukarnya.. Tahu diri ini perlu lebih tabah dan matang.. 

  Tak tahu pulak nak kata apa kali ni.. Maafkan Ainna kalau ada menyakitkan hati kawan-kawan dan sahabat.. Manusia, tak lari dari berbuat silap.. Manusia biasa tidak sempurna. Namun, jangan dilupa, memafkan itu amalan mulia..

   Semakin dewasa diri ini. Semakin dia sedar bahawa tak semua perkara boleh dicerita. Kadang, perkara yang paling menyakitkan tak boleh dikongsi bimbang akan membuka aib mereka. 

   Entry kalini pendek jeee.. Semoga korang sentiasa kuat menghadapi dugaan mendatang. Struggle tu penting kerana tak semua perkara kita boleh dapat tanpa usaha..

  Tata.. Assalamualaikum..

No comments: