Assalamualaikum.. Selamat Datang ke Blog Duniaku Si Merah Jambu ! ʕ•ᴥ•ʔ Jangan lupa follow blog ni, okay ? ✿◕ ‿ ◕✿ Saranghae ❤ ❤ ❤ Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving ❤ ❤ ❤

Saturday, January 4, 2014

Puisi aku dan dia





Hari semakin hari, masa cepat saja berlalu,
Perasaanku terhadap kamu tidak pernah luntur walau sesaat,
Setiap masa aku mengingati kamu,
Mengingati tentang kenangan kita yang telah lalu.

Semua menjadi kenangan,
Kenangan pahit dan manis kita bersama,
Surat cinta kita menjadi pengubat rinduku,
Di kala kesunyian dan merinduimu,

Aku penat dan lelah menanti kehadiranmu,
Walaupun aku yakin kamu tidak akan berpatah balik,
Kerana keegoanmu yang tinggi melangit,
Menjadi racun untuk dirimu sendiri.

Kini, aku keseorangan menjalani hidup tanpamu,
Kamu bahagia tanpa aku,
Tetapi aku derita menjalani masa yang tiada hentinya,
Berharap sendiri  mengemis cinta darimu.

Memori derita sentiasa diingati,
Akan tetapi memori manis yang telah engkau berikan,
Sentiasa termimpi-mimpi di dalam tidurku,
Aku bagaikan gadis menanti cinta daripada seorang Jejaka?

Apabila aku sedar daripada mimpiku,
aku mengetahui duniaku tidak akan ceria lagi,
tanpamu warna pelangi dalam hidupku hilang,
entah ke mana tujunya.

Aku sedar engkau behagia kini,
Jalan yang engkau pilih adalah terbaik,
Tidakkah engkau mahu menoleh ke belakang?
Dan melihat seseorang terluka keranamu.

Air mataku menitis keranamu,
Aku tahu air mata aku tidak lagi berharga bagimu ,
Aku sering tertanya sendiri,
Begitu bencikah engkau padaku kini?

Aku sering terluka keranamu dulu,
Aku mencari  teman untuk menceritakan masalahku,
Engkau seakan tidak mahu tahu lagi tentang penderitaan ini,
Engkau berlari, berlari laju meninggalkan aku sendiri.

Dulu, engkaulah Prince Charming yang muncul di hadapanku,
Menemani aku di dalam kesedihan,
Sekarang engkau sendiri membuat luka di hatiku,
Menghiris hatiku sehingga bwrdarah meninggalkan kesan yang tidak akan hilang.

Yang aku tahu, jika ditanya doktor tentang sakitku ini,
Doktor tiada penawarnya.
Aku tahu penawarnya hanya ada padamu,
Aku tidak akan sesekali mengemis cintamu terhadap aku lagi !

Pernah aku terfikir jika diberikan peluang kedua,
Aku sendiri buntu untuk memilikimu kamu semula?
Karna aku yakin lukaku pasti akan kembali lagi.
Cuma sekarang hanya satu yang aku tahu iaitu AKU MENCINTAI KAMU !

Kau sudah melupakanku,
Biarkan aku memikirkan dirimu,
Karna itu yang hanya ku mampu,
Aku hampir mati mencari penawar ini !

You told me to forget you,
You hoped I forgot you, right?
I’m Sorry,
I wanted to forget you,
But I couldn’t do it.

Can I travel back to that time?
If you caring about me,
Just like you did before?
I look back at our memories,
And you filled up my tears.

Can I travel back to that time?
Even if just this once,
Even if it’s the last,
Then, I will better…

I hope it isn’t love,
I hope it isn’t you,
 I hope they are just nothing.

No comments: